Monday 25 February 2013

Kalau tak menangis bukan perempuan namanya :)

   Asalammualaikum


 Entry kali ni bertajuk "Kalau tak menangis bukan perempuan namanya :)" 
The title was given by Wana.

Perempuan sememangnya mudah mengalirkan air mata. Lumrah hidup seorang perempuan. Kadang-kadang kalau nampak kucing mati di tepi jalan pun boleh menangis. Sangatlah luluh hatinya termasuk diri bella sendiri. Mesti semua orang terfikir, kenapa? mengapa perempuan mudah menangis? Okay, bella akan terangkan sedikit sebab mengapa perempuan mudah menangis. Jangan marah. Hihi ni ponggg ada sikit ambik daripada hasil meng'google' :)

4 sebab mengapa wanita mudah menangis :-

1. Hormon

Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

2. Luahan emosi yang ikhlas 

Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

3. Kemarahan 

Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

4. Memori 

Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah orang, tetapi tahukah sebab-sebab mereka seperti keterangan di atas. Okay that's All. 

#Credit to Encik Google


Bella